Dolphin di Lovina Beach dan Sunset di Tanah Lot
October 12, 2016Kitorang sampai ke Lovina dalam pukul 5 pagi, tapi singgah di masjid untuk solat subuh dulu sementara tunggu pukul 6. Untuk dolphin hunting ni, Pak Yanto dah arrangekan bot untuk bawak kitorang ke tengah laut. Memang orang yang dia dah biasa deal la, dan bayarannya IDR 200,000 sorang. Aku rasa macam mahal sebab berdasarkan apa yang aku tengok kat Google semua, rata-rata dalam lebih kurang IDR100,000 je sorang. Tapi aku pasrah je sebab orang dah bawak, siap dah deal lagi, dan aku rasa ni private boat jadi ko boleh sesuka hati nak gerak bila, balik bila.
Bagi yang takda booking ke apa, kebiasaannya van pelancong ni akan bawak ke kawasan utama pantai, dalam pukul 5 macam tu akan ada banyak bot untuk disewa. Jadi korang akan deal la dengan tokey bot ni dan ada bot yang boleh sewa untuk korang je atau kongsi dengan tourist lain. Harga pun berbeza, exact amount, aku xsure sebab aku pun orang lain yang dealkan.
Bot baru nak bergerak. Matahri terbit di ufuk timur |
Dalam perjalanan. Life jacket diberikan kepada semua penumpang. Tapi kalau taknak pakai pun boleh, atas risiko sendiri la |
Tengah sibuk ambik selfie atas bot dengan sunrise tu, tetiba ada penampakan sirip ikan timbul. Dolphin!! hahaha. Menjerit bini aku bila nampak dolphin. Bukan sekor dua, tapi banyak gila yang timbul pastu tenggelam balik. Dolphin ni cari makan pagi2 selepas subuh dan port makan diorang adalah kawasan pantai di Lovina ni. Dolphin bergerak secara berkumpulan jadi memang banyak korang boleh nampak cuma kena sabar sikit sebab bila terlalu banyak bot kerumun, diorang akan malu skit nak timbul. Jadi bot-bot ni akan kejar bila nampak group dolphin muncul. Sekejap ke sana, sekejap ke sini. Tapi memang puas hati dapat tengok dolphin berenang sebelah bot kitorang. Bonusnya, kitorang nampak dolphin, 2 ekor, buat flip depan bot. Menjerit suka semua, hahaha.
Tak banyak gambar time ni. Ni screenshot dari video yang aku ambik |
Bot-bot mencari dolphin beramai-ramai |
Sampai di pantai, kitorang lepak minum air dan check fon masing2 tengok video dolphin yang sempat record. Selepas tu, kitorang bergerak ke Git-Git waterfall. Perjalanan ke waterfall ambil masa dalam sejam jugak la jadi semua sambung tido balik dalam kereta sebab mengantuk tak cukup tido.
Kat sini kitorang tak lama sebab memang tak bercadang nak mandi. Entrance ke waterfall kena jalan sikit, lalu kawasan rumah orang, dalam 400m. Entrance fee adalah IDR 10,000 sorang dan kalau korang datang tanpa guide, akan ada orang offer nak bawakkan ke waterfall, kena bayar IDR 100,000. Hehe. Selagi boleh buat duit diorang ni. Jalan ke waterfall memang jauh dan kalau main jalan je memang tak jumpa tempatnya. Kitorang supir bawakkan ke dalam jadi takde masalah la. Kitorang hanya ke waterfall yang first, bahagian atas sebab bini ngan adik aku tak larat nak jalan dah. Ada bahagian bawah, yang waterfallnya lagi canik dan tinggi macam dalam gambar kat Google tu. Tapi nak buat macam mana, aku ikutkan aje la, takde rezeki nak tengok. Kitorang lepak makan bekalan yang bawak dari villa, sandwich dengan jajan sikit. Abis makan kitorang gerak balik ke kereta sebab lepas tu nak ke Bedugul pulak.
Git-git Waterfall bahagian atas |
Macam di bawah cahaya suci. Hahaha |
Waterfall bahagian atas ni kecik je. Yang besar kena jalan jauh lagi. |
NI la gayanya Restoran Pacung. Restoran Halal dan memang ramai orang kat sini. |
Entrance masuk. Gambar kecik la pulak |
Kuil utama. Tak tau la apa namanya |
Kuil lagi. Dalam tu diorang tengah sembahyang pakai baju putih |
Ni lagi satu kuil |
Kuil lagi. Berapa banyak kuil aku pun tak tau la |
Gambar wajib kena tangkap kat sini. Haha. |
Sampai di Tanah Lot, hujan baru je berhenti. Untuk entrance masuk, tourist dikenakan IDR 30,000 sorang tapi masa tu tak tau la apsal dibagi rate local, IDR 10,000 sorang. Haha. Alhamdulillah, rezeki. Mungkin aku ni ada muka Indon kot sebab tu diorang ingat local. Sampai tempat parking, kitorang pergi cari toilet dan surau dulu. Kat sini ada surau (musholla dalam bahasa diorang), tapi takde tempat wuduk. Jadi kena ke toilet untuk ambik wuduk dan toilet kena bayar IDR 3000 sekali masuk. Abis solat, kitorang pun berjalan la ke kawasan Tanah Lot ni. Aku sempat beli jagung bakar kat sini tapi mahal siot, IDR15,000 sebijik. Ada banyak perisa, bbq, butter, salted lagi apa tah. Jadi untuk Tanah Lot, biar gambar je la berbicara.
Signboard ke temple-temple. Sini pun ada banyak jenis temple |
Pura Batu Bolong ni temple yang ada berlubang tengah |
Ni la Pura Batu Bolong dari jauh. Aku tak ke temple pun sebab ramai orang. Malas nak berebut |
Ni Pura Tanah Lot dari jauh. Nanti nak sunset, temple tu akan tenggelam. Jadi aku sempat la ajalan ke bawah tangkap gambar. Hehe |
Pintu gerbang masuk ke temple |
Matahari start terbenam. Time ni memang cantik lagi2 belah temple Tanah Lot tu. |
So damage untuk harini:
Lovina Beach - IDR 200,000/person
Ulu Danun Beratan Temple - IDR 30,000/person
Lunch (Restoran Pacung) - IDR 120,000/person
Tanah Lot *Entrance - IDR 30,000
*Toilet - IDR 3,000
*Jagung Bakar - IDR 15,000
*Picture - IDR 20,000
Dinner (Restoran Nasi Tempong Indra) - IDR 60,000
Bercuti ke Bali 2016
1st Day - Lunch di Kintamani dan Ubud Tour
2nd Day - Uluwatu Temple, Kechak Dance dan Dinner Jimbaran
3rd Day - Jalan-jalan di Pantai Kuta
4th Day - Transfer ke Narandha & Tierandha Villa Seminyak
5th Day - Dolphin di Lovina Beach dan Sunset di Tanah Lot
6th Day - Jalan jalan dan Spa di Seminyak
0 comments