Backpacking ke Ho Chi Minh Part 1
August 27, 2015Assalamualaikum
Petang yg suram ditemani rintisan hujan,waktu macam ni paling best kalau dapat minum milo panas cicah biskut kering hup seng.Perghh..one of precious moment in life.Tambah-tambah lagi sambil tgk movie hindustan. Lantaran itu, kenangan bercuti ke luar negara menerjah ke dalam kancah ingatan aku.
Okaylah,harini aku nak share sedikit experience travel ke Ho Chi Minh,Vietnam.Pada asalnya, aku bercadang nak buat satu round pusing Vietnam,dari Hanoi pergi ke HCM melalui jalan tepi laut tu tapi disebabkan sebab tertentu,terpaksa ke HCM sahaja.
Travel ni dah lama,dalam bulan 11 2014,setahun lepas travel ke Thailand.Kitorang book awal dah tiket,bulan April or May mcm tu sebab kalau last minute buat memang tak jadi pergi.Kalau book awal,memang kena pergi sebab rugi duit tiket haha. So, aku pun book lah untuk 3 orang,aku,Rafi and Kay.Total RM957, so dalam RM320 sorang pergi balik.Tu plus insurance,makanan on flight and luggage masa nak balik.Sebab Rafi kata dia ada banyak order,dari mak mentua,akak mentua,bini dia,mak dia dan ramai lagi. Aku pun sarankan lah,bagi mereka ke HCM memang berhajat nak shopping,ambik la luggage bila nak balik.
KLIA 2 Balai Berlepas |
Boarding gate aku Q37 |
Jauh gila kot dari Main Terminal |
Bagus jugak kalau dapat peluang macam minah ni. Dapat travel banyak tempat and tak sia-siakan pengalamannya. Silap aribulan, bila dia dah hafal tourist area Southeast Asia ni,dia lak yang buat tour agency. Mana tahu,rezeki masing-masing ye tak.
So,ini dulu untuk Part 1.Introduction je,belum sampai Vietnam lagi dah panjang macam ni,haha.
Okay,thats all.Adios amigos!
0 comments