Lunch di Kintamani dan Ubud Tour

October 04, 2016

First day di Bali, kitorang pergi melawat beberapa tempat di kawasan Ubud memandangkan tempat utama yang hendak dituju adalah Kintamani. Makan tengahari berlatar belakangkan Gunung Kintamani dan Gunung Batur beyond what you can expect. Boleh pulak masa kitorang tengah makan tetiba awan besar datang tenggelamkan seluruh kedai. Sejuknya memang tak terkata. Hahaha

Tapi sebelum sampai ke Kintamani, ada beberapa tempat yang kitorang singgah dulu pada pagi tu memandangkan perjalanan pada harini merangkumi bahagian Ubud dan sekitarnya. First sekali awal-awal pagi,kitorang ke  Barong Dance dulu di Sari Wisata Budaya. Barong dance ni persembahan tentang dewa kebaikan (Barong,muka macam singa) lawan dewa kejahatan (Rangda,muka macam hantu). Persembahan start pukul 9.15 pagi dan tiket masuk IDR 100.000 sorang. Masa masuk korang akan dibagi kertas tentang penerangan cerita tu.

Barong Dance (yang tengah keluar tu la Barongnya)
Kemudian kitorang ke Silver Art Village tengok pembuatan silver.Masa ni masuk untuk tengok2 je kalau ada barang silver yang berkenan. Harga agak murah la dan banyak choice. Sapa yang nak cari barang silver boleh la cari di sini. Lepas tu pergi ke tempatpembuatan painting. Aku memang nak pergi sini sebab agak tertarik dengan lukisan gaya Bali ni. Pergi usha-usha sangkut la dengan satu lukisan ni. Lukisan black&white Jatiluwih Tice Terrace, Satu tips untuk bargain kat tempat yang macam ni. Jangan desperate and selalu start bargain dengan separuh harga yang diorang cakap. Konpem dapat murah memang jauh berkali ganda. Yang penting jangan desperate sebab tempat art painting ni memang banyak kawasan Ubud,
Pintu masuk ke Yan Yan SIlver
Work in progress. Proses lakaran lepastu baru di warnakan
Antara lukisan yang ada dalam kedai
Nego punya nego dapat la painting yang aku nak tu, separuh dari harga asal.Hahaha. Siap dia bungkus painting aku,bayar,ambik resit, kitorang singgah di Ubud Market pulak. Kawasan Ubud memang havoc jugak, lebih kurang Seminyak. Ada butik tepi-tepi jalan dan banyak kedai souvenir. Ubud market biasa je, barang souvenir kebanyakannya dan harga pun xmahal xmurah. Harga standard mana-mana tempat. Xshopping pun kat sini. Tapi sebelah Ubud Market ni ada satu temple ni memang cantik tempatnya. Spot wajib tangkap gambar and selfie.

Entrance Ubud Market
Temple apa tah aku tak tau tapi tempatnya cantik
Kemudian bila dah tegahari pukul 12 lebih baru la ke Kintamani. Perjalanan dari Ubud lebih kurang 1 jam lebih dan jalan nak masuk kena bayar. IDR 15,000 (local rate) seorang. Supir kitorang suh cakap kitorang orang local, sebab kalau foreigner kena bayar dua kali ganda dan diorang tak check sangat sebab diorang tahan tengah jalan, xda kaunter apa. Boleh tipu skit2 la. Kalau tempat berkaunter tu, memang xboleh la gamaknya. Buatnya mintak ID ko, naya je la hahaha.

Untuk restoran yang kitorang pergi ni, namanya Restoran Batur Sari, restoran Halal and restaurant with the best view. Seriously the best view aku rasa. Makan kat tepi benteng dengan view Gunung Kintamani. Masa nak sampai pun adik aku dengan kawannya excited gila nampak view cantik, lagi la pulak makan menghadap view tu. Makanan kat sini buffet, bayarannya IDR 135,000 sorang. Ada gazebo boleh duduk bersila and ada seat sebelah tebing. Ikut la nak makan kat mana. Restoran ni ada surau jugak tapi suraunya jenis campur laki perempuan. Jadi perempuan kena tukar telekung semua dalam toilet la, sebelah surau tu je.

Pemandangan Gunung Kintamani dan tasik sebelahnya. Siap nampak bekas lava hitam tu.

Contoh makanan buffet. Air yang ada cuma kopi dan teh o panas. Air lain bayar lain.

Setel makan,solat, nak keluar restoran kitorang dikeremuni makcik-makcik jual kain batik dan t-shirt souvenir. Ikut kitorang sampai ke kereta tu, hahaha. Tapi barang macam ni lagi senang ko nak dapat murah. Bini aku mintak kain batik 3 helai IDR 100,00, mulanya cakap tak boleh murah sangat, bila dah tutup pintu kereta, baru cakpa boleh la kak,buat pelaris kak. Hehe. Dapat la kain batik murah. Sedap jugak kainnya cuma belum dijahit lagi.

Balik dari Kintamani kami ke Luwak plantation coffee pulak untuk tengok pembuatan coffee dan rasa sample coffee. Aku memang aim nak rasa Luwak coffee tu je. Bila sampai, dah petang dan xda orang. Hari pulak baru lepas hujan gerimis. Tempatnya memang cantik gila dan brader yang explain tu super friendly dan sangat berinformasi. Baik gila layannya walaupun masa tu hanya kitorang je yang ada sebab biasanya kalau tour Ubud, coffee plantation ni tempat first diorang pergi waktu pagi..

Nama tempat ni. Manik Abian Bali-Agriculture

Perjalanan masuk dikelilingi pokok kopi,koko dan ada vanilla. Bau wangi dan kehijauan daun memang heaven

Contoh buah kopi. Bijinya yang diambil. Waktu ni brader ni tengah bagi penerangan pasal kopi.
Aku ingatkan kopi Luwak je sedap rupanya banyak lagi kopi dengan teh yang sedap. Hahaha. Coconut coffee (memang bunyi pelik), vanilla coffee, mangosteen tea, limegrass tea semuanya sedap. Lepas tu aku mintak secawan Luwak coffee, secawan IDR 50,000, mahal woo. Rsanya pekat, macam Arabica coffee tapi takla pahit sangat. Xtau macam mana nak describe tapi tak seperti yang aku bayngkan la. 

Contoh sample coffee yang diorang bagi rasa. Tempat minum pun cantik, tepi lereng bukit dan mengahdap kebun diorang.
Akhir sekali kitorang ke Ubud Tegalalang Rice Terrace. Pemandangan yang menarik tapi waktu sampai dah hampir senja. Jadi sekejap je dapat lepak sana. Kawasannya adalah kawasan penanaman padi di lereng bukit dengan sekelilingnya kebun kelapa dan hutan. Pemandangan yang cantik menghijau dan kelilingnya kedai souvenir.

Ubud Tegalalang Rice Terrace

Kawasan perkampungan dan hutan
Kitorang bergerak balik Kuta pukul 6 lebih sebab dah gelap. Sampai di Kuta pukul 8 dan malas nak singgah makan mana-mana. Makan kat hotel je sebab sedap jugak dan murah.

Secara ringkas damage untuk perjalanan hari ni:

Barong Dance - entrance fee IDR 100,000
Silver Art Village - free
Painting - free
Ubud Market - free
Kintamani - entrance fee IDR 15,000 (local)
                  - lunch buffet IDR 135,000
Luwak Coffee Plantation - entrance free (sample coffee pun free)
                                         - Luwak coffee IDR 50,000 (optional)
                                         - Coffee powder pelbagai flavour IDR 100,000 per 200gm (satu kotak)
Ubud Tegalalang Rice Terrace - entrance fee IDR 15,000

You Might Also Like

0 comments

Pinterest

Flickr Images

Instagram