Jalan-jalan di Pantai Kuta

October 06, 2016


Hari ketiga adalah hari free and easy. Aku ngan bini aku plan nak pusing2 area Kuta dan bersiar tepi pantai. Tapi pada hari tu, hujat lebat pulak dari malam sampai la ke pagi. Dah nak tengahari baru la hujan berhenti. 

Dekat pantai Kuta ni memang kebanjiran dengan tourist. Inilah tempat nak melepak, tempat mandi, tempat belajar surfing, tempat buat photoshoot. Yang berselfie tak payah cakap la, memang ramai gila.Di sepanjang pantai ada banyak surf school yang akan pelawa korang belajar surfing. Ini salah satu aktiviti yang aku rasa sangat rugi aku tak buat masa kat Bali ni. Pengalaman sekali seumur hidup bro. Kat Malaysia mana la tempat aku nak surfing, apatah lagi nak belajar. Tak silap aku harga sewa surfboard + lesson dalam IDR 300,000 kot tak silap. Ada brader ni offer aku belajar surfing tapi sebab masa tu tengah teman bini jalan2, tak terpikir nak buat. Kalau nego sikit, dapat la murah rasanya. Takpelah, insyallah aku repeat lagi ke Bali dan tambah surfing dalam plan aku. Hahaha. Insyallah kalau ada rezeki.

Pantai Kuta pada waktu pagi. Masa ni tengah gerimis. Brader tu tengah ajar mat saleh cara nak surfing
Waktu pagi tak ramai tambah lagi tengah hujan. Ombak kat sini kecik je, sesuai untuk belajar surfing
Panoramic view Pantai Kuta
Sepanjang Jalan Pantai Kuta ni ada banyak kemudahan contohnya restoran, bar, hotel dan shopping mall. Kebanyakan restoran yang besar dan biasa kita jumpa macam McD, KFC, Pizza Hut, semuanya halal dan ada sijil halal. Menunya pun lain sikit dari yang ada kat Malaysia. Jadi boleh la try tanpa ada rasa takut boleh makan ke tak. Kalau korang masuk dalam Beachwalk mall tu, boleh jumpa Chatime, ATM CIMB pun ada (tingkat bawah) dan butik2 berjenama.

Aku sewa motor pada masa ni sebab bini aku tak larat nak jalan-jalan. Tapi bila dah try jalan area sini, terasa macam menyusahkan pulak bawak motor sebab jalan area Kuta semuanya one way. Jadi kalau ko dh sampai hujung Jalan Pantai tu pastu tetiba nak patah balik,memang kena pusing satu Kuta la jawabnya. Aku sewa motor dekat booth tepi jalan berdekatan Beachwalk, dekat jalan masuk ke lorong hotel aku. Masa aku sewa tu, dia just mintak no bilik hotel dan no fon je. Tak payah letak passport pun. Maybe sebab aku orang Malaysia kot, kalau mat saleh macam2 la dimintaknya. 

Lorong masuk ke hotel Wina Holiday Villa. Tembok batunya cantik
Harga sewa motor area Bali ni biasanya dalam range IDR 70,000-90,000 sehari. Kalau orang local, IDR 50,000 boleh dapat dah. Kalau diorang cakap sampai IDR 100,000, bla je cari tempat lain. Ada banyak lagi kedai motor yang korang boleh sewa. Ada jugak peniaga yang selalu nak ambik kesempatan kat tourist ni. Sebab masa aku sewa motor tu, ada mat saleh ni, nak sewa jugak sekali dengan aku. Mamat ni kena IDR 150,000 sehari, memang rilek je dia cekik darah. Aku rasa sebab mamat ni banyak duit ataupun tak tau rate harga kat sini, dia pun ambik jela. Hahaha

Tapi minyak sini mahal gila bro. Kat sini diorang panggil petrol 'bensin' (aka benzene dalam term chemistry) dan diorang jual dalam botol kebanyakannya. Satu botol bensin IDR 10,000, lebih kurang RM3 la. Dua botol aku isi, naik setakuk je. Tak sampai separuh pun minyak motor aku. Gila betul. Dekat Seminyak aku ada sewa motor jugak, pastu aku try isi dekat stesen minyak, kat sini brand diorang 'Pentamina'. Isi IDR 20,000, sama banyak je dengan isi botol punya. Nasib baik la jalan xjauh, naik skuter lak tu, tak la makan minyak sangat. Hahaha

Dekat jalan Legian ataupun area Kuta yang lain boleh parking motor tepi jalan je tapi di area pantai Kuta, tempat parking motor memang dah disediakan dan kena bayar IDR 2,000 kat brader yang jaga parking tu. Tapi sebenarnya, kalau korang just nak jalan area Jalan Pantai Kuta, tak perlukan motor pun. Jalan kaki je dah cukup sebab lagi senang. Dari hujung ke hujung jalan ada la dalam 1.5km. Kalau penat, berhenti la lepak kejap kat kedai2 tepi jalan tu, sambil selfie. Jalan sini memang sentiasa penuh dengan tourist, tak perlu nak segan ke risau ke apa.
Hard Rock Cafe pada waktu pagi. Sunyi je. Kalau malam, ni la tempat paling happening
Signboard Pantai Kuta
Pintu Gerbang Pantai Kuta 
Shopping baju kat H&M Beachwalk. Murah siot baju sini. Yang penting beg kertas tu, ada show Kuta-Bali. Hahaha
Spot yang menarik untuk selfie dan snap picture biasanya kawasan pantai Kuta, depan Hard Rock Cafe, Starbuck, Beachwalk Mall dan dekat pintu gerbang masuk pantai Kuta. Memang spot favourite selfie hunter sebab aku tengok memang ramai duk selfie kat situ. Baik orang Malaysia, orang Indon, mat saleh, semua samaaa je.

So damage untuk haritu tak banyak sebab tak shopping sangat.

Sewa motor - Rs 80,000 per day
Pizza Hut (lunch) - Rs 240,000
Chatime (superior cocoa w pearl) - Rs 31,000

You Might Also Like

0 comments

Pinterest

Flickr Images

Instagram