Transfer ke Narandha & Tierandha Villa Seminyak

October 07, 2016


Harini kitorang akan transfer villa di Seminyak memandangkan dah 4 malam dah dekat Kuta ni. Kitorang checkout dari Wina Holiday Villa pada pukul 11 pagi lepas tu tinggalkan beg semua dekat receptionist sebab nak pergi jalan2 di area Pantai Kuta one last time. Sebelum tu aku kena pulangkan balik motor ke booth yang aku sewa semalam, nasib baik dekat je. Kemudian baru la aku ke Beachwalk Mall, nak keluarkan duit dari CIMB pastu lunch Fish & Co.

Tepat pukul 2 petang, supir kitorang sampai untuk hantar ke Villa Narandha & Tierandha Seminyak. Dalam perjalanan ke sana, aku mintak singgah dulu ke kedai souvenir sebab nanti dah malas nak singgah nak balik nanti. Aku cadang nak ke kedai Krisna, sebab ramai cakap sana harga murah and banyak choice. Tapi disebabkan perjalanan nak ke Seminyak dari Kuta, Krisna tu kena patah balik, jadi agak membuang masa dengan jalan jemnya. Supir kitorang ni pun suggest singgah ke kedai Agung Bali, kedai yang berhampiran. Dia kata Agung Bali ni sama je dengan Krisna cuma nama lain. Aku pun ikutkan aje la.

Di Agung Bali, kedainya besar dan ada banyak barang. Baju, kain batik, perfume, ukiran, kerepek, kuih-kuih semua ada dalam ni. Aku beli singlet Bintang sehelai, baju I Love Bali sehelai, murah jugak dalam IDR 30,000 ke 40,000 sehelai. Bila bawak balik Malaysia, aku try pakai, sedap kot kainnya, ingatkan jenis kain keras mcm tu. Tak tau la sebab aku letak Softlan ke apa, tapi memang selesa pakai kat rumah. Rugi tak ambik banyak.

Lepas abis teman bini aku pilih T-shirt 4,5 helai, fridge magnet sikit, dengan keychain skit, kitorang pun naik kereta terus ke villa. Pada awalnya sesat jugak cari villa kat Seminyak ni. Sebab memang banyak sangat tempat penginapan kat sini, ada banyak choice. Cari punya cari, villanya agak tersorok sikit ke dalam dari main road tapi jalannya mudah je. Daripada main street Seminyak, jumpa supermarket Bintang, masuk ke lorong kecik berhadapan supermarket tu, dan terus ke belakang. Kebanyakan private villa di Seminyak ni tersembunyi sikit dan jalannya kecik, muat2 untuk satu kereta je. Villa kitorang terletak di hujung jalan dan bila sampai je, kitorang disambut oleh ibu Ina, housekeeper villa tersebut dan terus je dibawak masuk ke villa.
Seminyak Road. Bintang supermarket belah kanan. Lorong villa sebelah vios 326 tu.
Masuk je villa, aku memang dah jatuh hati dengan suasananya. Private pool dengan landscaping yang cantik, bilik luas dengan aircond, toilet ala Bali dan kitchen yang banyak kelengkapan. Aku first time bermalam di villa, jadi bagi aku, villa macam ni dah cukup mengagumkan. Bagi yang dah biasa, mungkin biasa je la kot. Villa yang aku book ni, Villa with two bedroom and private pool dan villa ni yang paling murah dengan review cun yang aku jumpa dalam Booking.com.

Kawasan pool dan tempat lepak
Kawasan kitchen, siap ada water dispenser lagi

Ruang tamu hadapan
Bilik tidur. Ada dua tapi sama besar je
Bathtub dan open air shower
Bila dah letak barang dan tanya apa-apa yang penting pada ibu Ina, terus aku tanggal baju dan terjun pool. Hahaha. Bila dah siap mandi, kemas-kemas barang, mula la perut ni berbunyi kelaparan. Malam tu kitorang pun keluar la berempat, ke jalan raya Seminyak ni mencari kedai makan. Memang banyak kedai makan, restaurant dan bar area ni, tapi nak mencari yang halal tu susah sikit. Akhirnya kitorang jumpa satu kedai kecik, masakan padang dekat simpang empat jalan Seminyak ni. Kedai tu siap ada tampal sijil Halal lagi dengan logo halal kat tempat lauk-lauknya.

Biru Villa kitorang dan Merah Kedai Nasi Padang tu. Tak jauh dalam 5 minit jalan kaki sampai ke simpang Jalan Champlung Tanduk Kalau straight jalan tu terus sampai ke Seminyak Beach
Apalagi, kitorang duduk terus order air teh es (teh o ais) dan teh jeruk nipis es (teh o ais limau). Lauknya macam kat Malaysia lebih kurang, ada gulai, begedil, ayam masak pedas, ayam goreng semua la. Makan semua total dalam IDR 40,000 seorang. Yang paling murah aku makan kat Bali setakat ni. Balik dari makan, singgah di Bintang supermarket beli jajan, maggi, coklat dan roti nak buat makan kat villa ni. Dekat Bintang ni ada banyak ATM depannya termasukla CIMB. Jadi memang mudah la, ada banyak kemudahan.

Balik rehat-rehat, sambil tengok tv cerita Idon rancangan "Bintang Pantura' reality show dangdut. Hahaha. Asyikk bangat, siap hafal lagi lagu temanya. Macam Akademi Fantasia tapi versi dangdut.
Malam ni kena tido awal sebab pukul 2 nanti dah nak bertolak ke Lovina.

So, total damage untuk harini adalah:

Baju H&M (2 helai) - IDR 140,000
Lunch Fish&Co. - IDR 305,000
Souvenir Agung Bali - IDR 367,000
Dinner (masakan padang) - IDR 40,000/person
Shopping jajan (Bintang supermarket) - IDR 130,000

Bercuti ke Bali 2016
1st Day - Lunch di Kintamani dan Ubud Tour
2nd Day - Uluwatu Temple, Kechak Dance dan Dinner Jimbaran
3rd Day - Jalan-jalan di Pantai Kuta
4th Day - Transfer ke Narandha & Tierandha Villa Seminyak
5th Day - Dolphin di Lovina Beach dan Sunset di Tanah Lot
6th Day - Jalan jalan dan Spa di Seminyak

You Might Also Like

0 comments

Pinterest

Flickr Images

Instagram