Uluwatu Temple, Kechak Dance dan Dinner Jimbaran

October 05, 2016


Agenda hari kedua ni adalah pergi melawat ke selatan Bali. Pergi ke pantai-pantai, Garuda Wisnu Kencana,Uluwatu Temple nak tengok Kechak Fire Dance dan last sekali dinner di Jimbaran. Perjalanan start pukul 10 pagi,lewat sikit sebab bini aku tak berapa sihat. So untuk first destination kami ke Pandawa Beach dulu.

Perjalanan dari Kuta ke Pandawa Beach adalah lebih kurang sejam jugak. Nak ke selatan Bali,korang akan lalu satu-satunya highway yang ada di Bali ni, dan higway tu lalu di atas laut. Ada jugak jalan lain,tapi ikut Jimbaran, jauh sikit tapi time balik kitorang akan lalu sana sebab nak merasa dinner di Jimbaran Bay.

Pandawa Beach, pantai yang baru nak membangun masa aku sampai time tu. Ada resort baru nak dibuat lepas tu ada banyak construction di sekeliling. Dulunya signboar "Pantai Pandawa" tu kat atas bukit, tapi sekarang dah kat bawah dah. Scenery masa nak sampai tu memang awesome. Masa first time nampak pantai, kitorang dalam perjalanan turun bukiti Nampak pantai yang panjang lepastu ombak putih sepanjang pantai. Fuhh cantik gila. Sampai sana je, kitorang terus pergi berjalan tepi pantai, selfie sikit, ambik picture lepastu lepak minum air kelapa dekat warung2 area pantai.
Gambar ihsan Google. Tak banyak gambar time ni, banyak video je
Kemudian kitorang bergerak ke Dreamland Beach pulak. Supir aku bagitahu Dreamland adalah pantai private sebenarnya yang dikelilingi banyak villa dan hotel 5 star. Parking spot pun jauh dari pantai dan nak ke pantai akan ada shuttle bas yang akan bawak kita ke pantai. Pantainya cantik, tapi paling best, wavenya besar gila. Ada la dalam 3,4 meter tinggi. Dekat sini memang ramai mat saleh lepak adn surfing. Lagi satu dekat pantai ni kita tak boleh mandi, sebab ombaknya memang kuat gila. Pantai ni memang khas untuk kaki surfing.

Tak banyak gambar jugak. Ni tempat batu-batu tepi pantai. Depan tu banyak surfer tengah beraksi
Sebelum ke gerak ke GWK (Garuda Wisnu Kencana), kitorang singgah lunch dulu di Restoran Puti Intan di area Jimbaran. Kat sini serve makanan padang dan makanan melayu. Lepas makan baru la gerak ke GWK. Kat sini takde apa sangat, cuma ada patung Garuda dan patung Wisnu yang jadi tarikan pelancong. Kawsannya luas dan ada banyak area. 

GWK jugak tapak tempat selalu buat konsert di Bali ni sebab ada satu kawasan tu memang luas dikelilingi tembok batu memang sesuai untuk buat persembahan. Selain tu, dalam tu ada persembahan tarian, di kawasan teater setiap sejam. Ada Barong dance,Balinese dance dan Kecak Dance versi simple punya. Dekat dalam ada banyak kedai souvenir dan ada surau sekali. Boleh la nak melepak-lepak kat sini sementara tunggu nak dekat sunset untuk ke Uluwatu nanti.

Patung Garuda yang besar gila
Patung Wisnu
Kawasan depan Garuda yang luas. Ni la tempat tapak konsert di Bali
Lorong-lorong di kawasan GWK. Perfect spot nak selfie dan tangkap gambar
Abis semua tempat ni, baru la kitorang gerak ke main event, iaitu ke Pura Uluwatu dan Kechak dance pada waktu sunset. Seelokny kena awal sikit dalam pukul 5 camtu sebab memang ramai orang datang nak tengok sunset kat sini dan untuk beli tiket Kechak Dance. First sampai, ke entrance dulu bayar duit entry, dan akandiberi kain kuning untuk ikat di pinggang. Dan bagi yang pakai seluar pendek, kena pakai kain sarung yand disediakan,tapi kalau tak nampak lutut takpe tak payah pakai. Kemudian bila dah masuk, terus pergi beli tiket Kechak Dance dulu baru pergi jalan2. 

Kawasan Uluwatu ni memang cantik, kawasan tepi tebing laut tinggi. Tengok ombak menghempas tebing laut, sambil tengok matahari nak terbenam, memang cantik. Tapi yang tak best, banyak monyet. Hahaha. Monyetnyatak xganas, cuma monyet ni suka ambik barang tourist macam makanan,air botol. Dah la gemuk2, besar macam anjing pun ada. Seriau nak dekat. Hahaha. Tapi nak dibandingkan dapat tengok pemandangan di sini, monyet tu hal kecik je.
Picture taken dari hujung tebing. Dalam 10 minit jalan kaki.

Panoramic view of Uluwatu

Di pertengahan jalan sepanjang tebing
Matahari mula nak terbenam
Hampir pukul 6, kitorang gerak ke tempat Kechak dance, belakang tempat bayar tiket Kechak Dance tu. Kalau boleh datang awal sikit sebab memang ramai datang tengok and full house, sampaikan ada yang terpaksa duduk kat lantai. Nak spot cantik, datang awal sikit la kalau tak duduk di bawah sekali depan tempat persembahan. Kechak dance akan start pada pukul 6 petang sampai pukul 7 malam. Bagi aku best, sebab show pada haritu ada diselitkan lawak2 sikit dan bergurau dengan penonton. One of memorable moments aku kat Bali ni.
Tempat persembahan Kechak Dance. Diorang akan keluar dari pintu gerbang belakang tu
Ramai gila audience masa ni
Persembahan start. Yang duduk bersila tu nyanyi ramai-ramai. Yang aku dengar diorang sebut 'kechak kechak kechak' tu je 
Matahari terbenam. Subhanallah cantik view
Babak last Kechak Dance. Monyet ni akan sepak-sepak api tu sampai la terpadam
Habis Kechak dance, kitorang ke Jimbaran Bay untuk dinner seafood. Aku pergi pun sebab ramai kata best dan suasana yang best. Makan seafood tepi laut,bersebelahan dengan ombak. Ada banyak restoran dekat sepanjang pantai ni dan tempatnya memang best, suasana dia, dengan pantainya dan havocnya cukup lengkap. Restoran yang aku pergi tu (Jukung Bali Seafood) siap ada show tarian Bali lagi atas stage dia. Cuma yang tak bestnya adalah harga seafood. Perghhh memang mahal tahap apa aku pun tak tau la. Dah la mahal, govt tax lagi 20%. Bagi aku, kalau takda dalam RM150 sorang untuk dinner dekat Jimbaran, better cari tempat lain untuk dinner yang best. Tapi kalau ada duit lebih, nak rasa pengalaman, boleh je pergi sana. Pengalaman and suasana di Bali kan, takde kat tempat lain ye tak. Jadi pilihan masing2 la.

Tempat makan restoran. Memang cantik
Menu makan kitorang pada haritu. Semuanya masak pedas
Senarai set yang kitorang pilih untuk 4 orang. Tapi tak minum la wine tu ye, kitorang dapat air juice
Abis makan, kitorang pun pulang la ke hotel dalam pukul 9 macam tu la. Hampir pukul 10 malam, sampai di hotel. Keesokan harinya tak ambik supir sebab nak berjalan di area Kuta sendiri. Jadi esok memang bangun lewat sikit la. Haha

So, aku kongsi sikit la damage untuk haritu:

Pandawa Beach (entrance) - IDR 8,000 per person
Dreamland Beach (parking) - IDR 15,000 satu kereta
Restoran Puti Intan (Lunch nasi padang) - IDR 51,000/person semua lauk lebih kurang ni harganya
GWK (entrance) - IDR 100,000/person
Uluwatu Temple
         Entrance - IDR 30,000/person
         Kechak Dance - IDR 100,000/person
Jimbaran Bay (dinner) - IDR 1,416,000 (IDR 354,000 per person)

You Might Also Like

3 comments

  1. How to make money betting at an online casino
    Bet on sports at an 인카지노 online casino · Step 1 – Choose Your Casino · Step 2 – Create a deccasino betting account งานออนไลน์ · Step 3 – Choose Your Bonus

    ReplyDelete
  2. The Gaming Lab at Borgata Hotel Casino and Spa in New Jersey
    The gaming lab 광명 출장샵 at Borgata Hotel Casino 청주 출장안마 and Spa 아산 출장마사지 is located near the 사천 출장샵 casino and spa complex. The 여수 출장마사지 casino hotel and resort offers

    ReplyDelete
  3. Cool and I have a dandy give: What To Expect When Renovating A House best house renovations

    ReplyDelete

Pinterest

Flickr Images

Instagram