Dolphin di Lovina Beach dan Sunset di Tanah Lot

October 12, 2016

Pada hari ke-5 ni, kitorang akan ke Lovina Beach yang terletak di utara Bali. Dengan mengantuknya, supir datang jemput pada pukul 2.30 pagi di villa, jadi kitorang pun siap2 la bawak apa barang yang patut. Perjalanan dari Seminyak ke Lovina lebih kurang 3 jam dan kitorang sampai ngam2 waktu subuh. Satu nasihat aku, dalam perjalanan better korang tido sebab jalan ke Lovina ni memang akan buat korang pening kepala. Jalannya macam jalan Kuala Klawang tapi ni dahsyat lagi.

Kitorang sampai ke Lovina dalam pukul 5 pagi, tapi singgah di masjid untuk solat subuh dulu sementara tunggu pukul 6. Untuk dolphin hunting ni, Pak Yanto dah arrangekan bot untuk bawak kitorang ke tengah laut. Memang orang yang dia dah biasa deal la, dan bayarannya IDR 200,000 sorang. Aku rasa macam mahal sebab berdasarkan apa yang aku tengok kat Google semua, rata-rata dalam lebih kurang IDR100,000 je sorang. Tapi aku pasrah je sebab orang dah bawak, siap dah deal lagi, dan aku rasa ni private boat jadi ko boleh sesuka hati nak gerak bila, balik bila.

Bagi yang takda booking ke apa, kebiasaannya van pelancong ni akan bawak ke kawasan utama pantai, dalam pukul 5 macam tu akan ada banyak bot untuk disewa. Jadi korang akan deal la dengan tokey bot ni dan ada bot yang boleh sewa untuk korang je atau kongsi dengan tourist lain. Harga pun berbeza, exact amount, aku xsure sebab aku pun orang lain yang dealkan.
Bot baru nak bergerak. Matahri terbit di ufuk timur
Bot bergerak start pukul 6, waktu matahari baru nak terbit. Masa tu korang dapat menikmati sunrise di tengah laut. Memang cantik, nampak langit dari gelap, jadi kebiruan, lepas tu warna jingga. Dengan latar belakang gunung ganang di Lovina ni, lagi,membuatkan ko rasa speechless. Perjalanan ke tengah laut ni ada la dalam 15 minit jauhnya dan korang akan nampak banyak bot-bot lain ikut sekali berkumpul.
Dalam perjalanan. Life jacket diberikan kepada semua penumpang. Tapi kalau taknak pakai pun boleh, atas risiko sendiri la

Tengah sibuk ambik selfie atas bot dengan sunrise tu, tetiba ada penampakan sirip ikan timbul. Dolphin!! hahaha. Menjerit bini aku bila nampak dolphin. Bukan sekor dua, tapi banyak gila yang timbul pastu tenggelam balik. Dolphin ni cari makan pagi2 selepas subuh dan port makan diorang adalah kawasan pantai di Lovina ni. Dolphin bergerak secara berkumpulan jadi memang banyak korang boleh nampak cuma kena sabar sikit sebab bila terlalu banyak bot kerumun, diorang akan malu skit nak timbul. Jadi bot-bot ni akan kejar bila nampak group dolphin muncul. Sekejap ke sana, sekejap ke sini. Tapi memang puas hati dapat tengok dolphin berenang sebelah bot kitorang. Bonusnya, kitorang nampak dolphin, 2 ekor, buat flip depan bot. Menjerit suka semua, hahaha.
Tak banyak gambar time ni. Ni screenshot dari video yang aku ambik
Bot-bot mencari dolphin beramai-ramai
Bila matahari dah mencanak tinggi, lebih kurang 8.30 pagi, kitorang ajak boatman balik ke pantai. Dalam perjalanan balik, kitorang singgah di snorkeling spot di Lovina tengok ikan-ikan yang cantik. Cantik jugak tempat snorkelingnya, coral nya banyak dan ikan yang ada kat sini jenis yang aku tak pernah nampak. Kalau korang nak snorkeling kat sini, kena tambah lagi IDR 200,000 sorang. Itu plus peralatan snorkeling semua la dan masanya 2 jam.

Sampai di pantai, kitorang lepak minum air dan check fon masing2 tengok video dolphin yang sempat record. Selepas tu, kitorang bergerak ke Git-Git waterfall. Perjalanan ke waterfall ambil masa dalam sejam jugak la jadi semua sambung tido balik dalam kereta sebab mengantuk tak cukup tido.

Kat sini kitorang tak lama sebab memang tak bercadang nak mandi. Entrance ke waterfall kena jalan sikit, lalu kawasan rumah orang, dalam 400m. Entrance fee adalah IDR 10,000 sorang dan kalau korang datang tanpa guide, akan ada orang offer nak bawakkan ke waterfall, kena bayar IDR 100,000. Hehe. Selagi boleh buat duit diorang ni. Jalan ke waterfall memang jauh dan kalau main jalan je memang tak jumpa tempatnya. Kitorang supir bawakkan ke dalam jadi takde masalah la. Kitorang hanya ke waterfall yang first, bahagian atas sebab bini ngan adik aku tak larat nak jalan dah. Ada bahagian bawah, yang waterfallnya lagi canik dan tinggi macam dalam gambar kat Google tu. Tapi nak buat macam mana, aku ikutkan aje la, takde rezeki nak tengok. Kitorang lepak makan bekalan yang bawak dari villa, sandwich dengan jajan sikit. Abis makan kitorang gerak balik ke kereta sebab lepas tu nak ke Bedugul pulak.
Git-git Waterfall bahagian atas
Macam di bawah cahaya suci. Hahaha
Waterfall bahagian atas  ni kecik je. Yang besar kena jalan jauh lagi.
Di Bedugul, kitorang akan ke Ulu Danun Beratan Temple iaitu temple yang terletak dekat tasik di atas gunung. Belakang duit IDR 50,000 ada gambar temple ni yang jadi ikon di Bali. Perjalanan dari waterfall ke Bedugul dalam sejam setengah, jadi membuta lagila jawabnya. Hahaha. Kesian brader Rahul, supir kitorang bawak kereta sorang2. Sebelum ke Ulu Danun, kitorang singgah lunch dulu di Restoran Pacung yang terletak di Bedugul ni. Makan buffet jugak, dengan harga IDR 120,000 sorang. Restoran ni terletak dekat dengan kawasan padi di Bedugul jadi dapat la tengok pemandangan kawasan padi sambil makan. Tak sedap sangat maknnya, tak kena dengan selera aku.
NI la gayanya Restoran Pacung. Restoran Halal dan memang ramai orang kat sini.
Abis makan, baru la kitorang ke Ulu Danun. Tiket masuk ke Ulu Danun adalah IDR30,000 sorang untuk tourist luar. Tapi entah kenapa baik hati pulak orang tiket tu, untuk kitorang berempat dia bagi IDR100,000 je. Dapat la diskaun IDR20000, kira okay la tu. Tempatnya besar dan luas macam Tasik Titiwangsa lebih kurang. Kat sini ada banyak temple dan kebetulan masa kitorang sampai, ada upacara nak sembahyang. Jadi sempat la tengok diorang sembahyang di kuil-kuil ni. Tempatnya sejuk, kawasan gunung, terasa macam kat Genting pun ada jugak.
Entrance masuk. Gambar kecik la pulak
Kuil utama. Tak tau la apa namanya
Kuil lagi. Dalam tu diorang tengah sembahyang pakai baju putih
Ni lagi satu kuil
Kuil lagi. Berapa banyak kuil aku pun tak tau la
Gambar wajib kena tangkap kat sini. Haha.
Setel Ulu Danun Temple, kitorang bercadang nak ke Taman Ayun Temple pulak sementara nak tunggu sunset. Tapi masa on da way, hujan lebat gila pastu ada pokok tumbang tengah jalan. Jadi tak dapat nak ke sana sebab kalau sampai pun, hujan lebat, nak buat apa ye tak. Jadi kitorang terus la ke Tanah Lot. Perjalanan lebih kurang sejam setengah lagi. Jadi sambung membuta lagi, tambah hari hujan pulak memang best la tido.

Sampai di Tanah Lot, hujan baru je berhenti. Untuk entrance masuk, tourist dikenakan IDR 30,000 sorang tapi masa tu tak tau la apsal dibagi rate local, IDR 10,000 sorang. Haha. Alhamdulillah, rezeki. Mungkin aku ni ada muka Indon kot sebab tu diorang ingat local. Sampai tempat parking, kitorang pergi cari toilet dan surau dulu. Kat sini ada surau (musholla dalam bahasa diorang), tapi takde tempat wuduk. Jadi kena ke toilet untuk ambik wuduk dan toilet kena bayar IDR 3000 sekali masuk. Abis solat, kitorang pun berjalan la ke kawasan Tanah Lot ni. Aku sempat beli jagung bakar kat sini tapi mahal siot, IDR15,000 sebijik. Ada banyak perisa, bbq, butter, salted lagi apa tah. Jadi untuk Tanah Lot, biar gambar je la berbicara.
Signboard ke temple-temple. Sini pun ada banyak jenis temple
Pura Batu Bolong ni temple yang ada berlubang tengah 
Ni la Pura Batu Bolong dari jauh. Aku tak ke temple pun sebab ramai orang. Malas nak berebut
Ni Pura Tanah Lot dari jauh. Nanti nak sunset, temple tu akan tenggelam. Jadi aku sempat la ajalan ke bawah tangkap gambar. Hehe
Ombak time ni kuat gila, kena hati2 kalau bawak budak kecik sebab air tengah pasang. Kat sini ada photgrapher offer ko ambik gambar siap masuk frame lagi. Aku pun ambik satu buiat kenangan. Harga IDR 20,000 sekeping. Dia bagi ko pilih shot yang ko nak. Kalau tak cantik shot lagi
Pintu gerbang masuk ke temple
Matahari start terbenam. Time ni memang cantik lagi2 belah temple Tanah Lot tu.
Abis sunset, kitorang pun on da way balik ke Seminyak. Sampai Seminyak sempat la tapau nasi dekat Nasi Tempong. Pergghh sedap bak hang, kalah Wong Solo. Dalam next post aku cerita sebab post ni dah panjang gila dah

So damage untuk harini:

Lovina Beach - IDR 200,000/person
Ulu Danun Beratan Temple - IDR 30,000/person
Lunch (Restoran Pacung) - IDR 120,000/person
Tanah Lot  *Entrance - IDR 30,000
                  *Toilet - IDR 3,000
                  *Jagung Bakar - IDR 15,000
                  *Picture - IDR 20,000
Dinner (Restoran Nasi Tempong Indra) - IDR 60,000

You Might Also Like

0 comments

Pinterest

Flickr Images

Instagram