Pengalaman Naik Mahkamah Part 2

May 26, 2015


Assalamualaikum..

Enty kali ni adalah sambungan kepada cerita aku kena naik mahkamah kes takde roadtax haritu. Sebulan selepas aku booking tarikh naik mahkamah, pada tanggal 4/2/2015, mulalah perjalanan aku ke Mahkamah Majistret Duta di Jalan Duta. Disebabkan aku tinggal di Shah Alam, aku gerak awal, lebih kurang 6.30 pagi ke Jalan Duta. Ye,memang awal, selepas subuh aku gerak sebab aku tak tahu jalan nak ke mahkamah tu.

Dalam pukul 7 lebih macam tu,aku pun sampai la ke kawasan mahkamah persekutuan Malaysia. Awal lagi, orang pun tak ramai, aku pun parking di kawasan hadapan mahkamah berdekatan dengan pondok pengawal. Lebih kurang kul 8, aku gerak masuk ke bangunan mahkamah, nak cari mahkamah untuk pesalah trafik. Tanya brader dekat kaunter pertenyaan tu, dari lobby terus ke kiri melalui pintu kecik ke mahkamah no 13 kot tak silap aku. Mahkamah trafik tu terletak dekat hujung bangunan sebelah kiri.

Sampai sana,beraturlah ramai orang, menunggu pintu mahkamah tu dibuka.Lebih kurang 8.30 pintu bukak, beratur dekat dalam, tunjuk surat saman dekat pendakwa raya JPJ. Check nama dekat list kedatangan,bagi IC dan surat saman. Masa nak bagi IC,setiap orang dia akan tanya, "Awak kesalahan apa? Bawak duit tak? Berapa?". Camtu la soalan yang diajukan dekat aku. Aku hanya menjawab " Roadtax mati bang, bawak duit RM500 lebih". Dia pun angguk kepala menjawab "okay la, cukup tu". Pendakwaraya tu nak membantu,takut bawak duit tak cukup, naya jugaklah. Better prepare awal-awal.

Nak dijadikan cerita, hari yang aku pergi tu memang ramai gila sebab kerajaan cuti dua hari sebelum tu. (Thaipusam dengan Hari Wilayah). Dewan yang kecik tu memang penuh orang. So, sebelum hakim masuk, brader polis tu dia jelaskan la adab-adab dalam mahkamah. Off phone, jangan buat bising, untuk lelaki yang berantai atau pakai earring, diminta ditanggalkan. Topi pun diminta ditanggalkan dan untuk dresscode dalam mahkamah, pakai sopan dan berkasut. Lagi satu, pegawai polis tu akan tanya semua orang "Semua bawak duit cukup tak? Saya nak ingatkan kesalahan yang biasa-biasa maksimum RM2000 ye,biasanya tak sampai la 2000 tu. Tapi, kesalahan lain, yang berat, macam mabuk, minimum RM1200 ye. Saya nak ingatkanlah. Nanti tak cukup duit jadi satu hal la pulak". Itulah peringatan dari brader polis tu.

Kemudian bila hakim dah masuk, brader polis tu jerit "Bangun!,selamat pagi tuan hakim!".Then kitorang pun repeat la ramai-ramai. Hahaha. Takdelah,yang tu aku acah aje,tapi lebih kurang macam tulah keadaannya. Masa aku beratur bagi IC, aku orang yang ke sepuluh tak silap aku. Awal jugak la. So, masa perbicaraan dimulakan, dapatlah aku perhati dulu macam mana orang lain buat. Orang pertama mula dipanggil ke hadapan, berdiri di depan hakim,ditemani brader polis tu kemudian pembaca kes bacakan kes.
"Josh Groban bin Abdullah, pada hari Selasa, 20/4/2000 anda telah didapati membuat kesalahan melanggar lampu isyarat merah di kawasan persimpangan di Jalan Melati. Adakah anda mengaku bersalah? Sedia menerima hukuman?"
"Denda bagi kesalahan ini adalah tidak melebihi RM2000. Adakah anda masih mampu?"
Lebih kurang macam tu la soalannya,aku tak ingat sangat sebab nervous pikir alasan nak bagi dekat hakim. Tapi masa aku ditanya, aku jawab aku mengaku bersalah dan masih mampu. Itu je. Kemudian pendakwaraya JPJ tu akan cakap "Rayuan tuan!". Time ni kau hembus je segala alasan aku yang kau rasa boleh menyokong kesalahan kau tu. Tapi jangan mengarut sangat. Macam ada sorang pakcik ni, kena saman sebab takde roadtax jugak, tapi bagi alasan lupa nak renew. Bila hakim tengok fail,motor tu last renew 10 tahun lepas. Hakim tu pun cakap, "Ini bukannya lupa, ini dengan sengaja. Kesalahan pakcik ni boleh disabitkan ingkar membayar cukai kepada kerajaan". Berpeluh pakcik tu aku tengok, tapi hakim tu bagi denda RM600 je. Nasib baik tak maksimum.

So, masa turn aku, dengan nervous aku ke depan, jawab segala pertuduhan pastu kemukan rayuan. "Asslamualaikum,selamat pagi tuan. Pertama sekali, saya meminta maaf atas kesalahan yang saya lakukan. Saya memohon agar tuan dapat mengurangkan kadar denda saya disebabkan ini kali pertama saya disabitkan kesalahan ni dan saya berjanji tidak akan mengulanginya lagi". Memang begitu baku bahasa aku dan penuh kegagapan masa bercakap time tu. Hakim tu tengok aku,tengok fail, lepastu cakap "Rm250". Fuhh. Lega hati aku dengar, nasib baik tak kena mahal.

Bila hakim habis cakap macam tu, aku dibawa ke bilik sebelah, untuk bayar saman. Time ni,brapa jumlah yang kau kena, kau kena setelkan kat situ jugak. Kalau tak, kena tahan la jawabnya. Brader sebelum aku tu, dia wakil company dia, bayarkan saman atas kesalahan lori company takde roadtax. Kene RM1500 jugak la. Duit yang dia bawak tak cukup pulak. Kena tunggu orang ofis datang bawak duit.

Setel bayar dekat secretary tu, aku diminta tunggu dekat luar dengan orang lain yang dah setel, untuk dibawa ke kaunter resit untuk kutip resit. Alhamdulillah, dalam pukul 10 camtu setel semua. Dah dapat resit, aku gerak ke JPJ Wangsa Maju semula untuk clearkan nama blacklist JPJ.

Macam ni la rupanya resit bayaran mahkamah tu
Setel sudah masalah aku hari tu. Alhamdulillah, dipermudahkan semua urusan aku. Oh lupa nak cerita, sepanjang urusan tu,aku telah ditemani oleh tunang aku. Dia ada dalam dewan mahkamah tu jugak,tengok aku kena menghadap hakim. Haha. Lepas ni tobat tak nak kena saman JPJ dah.

Okay that"s all.Adios amigos!

You Might Also Like

3 comments

  1. Kalau kena saman di sabah dan nak setel kat kuala lumpur boleh tak?

    ReplyDelete
  2. Salam. macam mana nak booking tu? kene pergi mahkamah terus ke?

    ReplyDelete

Pinterest

Flickr Images

Instagram