Memoir of Thailand

May 27, 2015

Assalamualaikum..

Semalam aku layan movie dekat TV3, Hong Kong movie tajuk "Internal Affairs 2" yang menceritakan kisah kongsi gelap dan polis di Hong Kong. Tapi apa yang aku nak ceritakan bukanlah review tentang movie tu tapi salah satu scene dalam movie tu yang membuatkan aku teringat kenangan aku bercuti ke luar negara. Scene tu mengenai pertemuan ahli kongsi gelap di sebuah cafe di stesen kereta api di Bangkok. Scene tu berlaku dekat exact spot aku pernah duduk lepak semasa aku travel di Thailand pada tahun 2014. Aku ingat lagi, Black Canyon Coffee, di tingkat 2 stesen kereta api Hua Lom Phong. Ya. Hua Lom Phong Railway Station, Bangkok, Thailand. Nadi transportation dari Bangkok ke kawasan pedalaman dan sub-urban area sekitar Bangkok.

Bangkok Railway Station
Kenangan aku dan 2 orang lagi member travel aku di Thailand buat aku terpanggil untuk menulis pada malam ni. Thailand merupakan destinasi pertama aku pergi backpacking dan travel ke luar negara. Precious moment yang tak dapat aku lupakan. Mungkin bagi orang lain adalah kebiasaan ke luar negara, bercuti. Tapi bagi aku, banyak kenangan aku di Thailand, bagi first time backpacker macam aku ni. Banyak rare moment yang berlaku sebab kitorang pergi tanpa planning dan tiada arah tuju, cuma tahu hotspot-hotspot yang ada untuk kami kunjungi. Sesat 2 jam nak cari mode transportation, kena halau dekat dalam ChaktuChak Market tapi yang paling rare, kitorang datang time Bangkok dalam krisis pada masa tu. Aku melihat sendiri keadaan "Bangkok Shutdown" pada masa tu,melihat perhimpunan protestor dan bertembung dengan kereta kebal dan kereta perisai di tengah bandar Bangkok.

Hua Lom Phong Railway station. Sangat besar dan bersih. Lantai tu berkilat bro, tak tipu
Pada asalnya kitorang nak ke Krabi untuk melancong tapi atas idea gila Kay yang nak ke Bangkok jugak, aku dengan Rafi ikutkan aje. Ikut hati memang takut bro, yela orang tengah mogok, dengan kes letup meletupnya, kau nak pergi jugak. Tapi alhamdulllah, takde apa pun sebenarnya. Masa kitorang sampai, mogok tu dalam keadaan aman. Tak seperti yang diwarwarkan oleh media.

Bukti aku minum coffee dekat stesen keretapi tu
Ni lah spot yang aku cakapkan tu. Memang sebijik dengan scene Internal Affairs 2
Malam ni aku menulis sebab aku teringat pasal trip aku ni je. Nak tulis full story pengalaman aku ke Bangkok dan Krabi, nanti aku buat proper entry pasal tu. Apa-apa pun terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca.

Okay that's all. Adios amigos!

You Might Also Like

0 comments

Pinterest

Flickr Images

Instagram