Bermula untuk berniaga
May 23, 2015
Assalamualaikum..
Petang tadi, sambil aku termenung tengok brader-brader kontrak buat kerja dekat site construction sebelah rumah aku ni, aku terfikir tentang nak mulakan bisnes sendiri. Aku bukanlah jenis orang yang boleh bekerja mengikut arahan sangat sebenarnya, jadi bekerja di bawah arahan seseorang sedikit sebanyak membuatkan diri ni memberontak. Jadi pada satu-satu masa tu, aku fed up jugak nak bekerja dan rasa nak berhenti je. Tapi syukur alhamdulillah, ada chenggey aku, yang menguatkan semangat aku dan bagi aku satu sebab untuk terus bekerja dan mencari rezeki.
Tapi lambat laun, rasa fed up tu akan datang balik. So, aku rasa aku patut mencari satu cara untuk mengelakkan aku daripada rasa macam tu lagi. Aku pun terfikir nak memulakan bisnes aku sendiri. Rata-rata yang aku kenal, dalam 10 orang, 5 orang mesti ada bisnes sendiri. tak kisahla jual topup ke,jual kuih ke atau Coway ke, tapi semuanya cuba memulakan perniagaan. Aku tak pandai buat sales, atau tarik customer atau bermulut manis (kalau untuk chenggey boleh la kot), tapi aku rasa aku lebih kepada skill management and planning. Insyaallah kalau ada rezeki, aku akan mulakan bisnes aku secara kecil-kecilan bermula dari asas.
Tapi aku baru planning dan tak rush pun nak buat bisnes ni. Sebab aku fikir aku nak buat bisnes based on minat aku, melibatkan art and craft. Dan aku perlu master dulu bab tu at least, slowly bila flow idea dah melampau-lampau, baru aku start on produce something and advertise. Aku nak share satu quote ni yang aku dapat dari satu blog yang aku terbaca semalam:
"A business that makes nothing but money is a poor business"-Henry Ford-
Pada pandangan aku, passion adalah benda yang sangat penting dalam bidang perniagaan. Bila melibatkan minat dan hobby dalam sesuatu pekerjaan, rasa susah dan penat lelah tu akan berbaloi kerana semua itu kita curahkan atas minat kita, something we have passion on. Ramai ahli perniagaan yang berjaya, enjoy dalam apa yang diorang buat. Stress memang ada, untung rugi sememangnya lumrah berniaga, tapi bila di saat kita betul-betul dah down, akan muncul soalan "Penat la.Apsal la aku start buat benda ni dulu?". Time tu hati kita yang lemah ni akan slowly jawab, "Sebab aku minat".
Itulah pandangan aku dalam memulakan bidang perniagaan. Aku harap one day aku akan start berniaga macam korang semua dan berjaya. Aku doakan rezeki korang sentiasa mengalir dan diberkati.
0 comments