Doodle atau doodling?
May 22, 2015Assalamualaikum..
Dalam entry yang ni aku nak share tentang doodle atau aktiviti doodling. Doodling adalah antara salah satu hobby aku buat masa ni memandangkan minat aku sentiasa berubah-ubah.Haha. Pada aku, doodling adalah sangat simple. Semua orang boleh buat doodle, sebab doodle pada asasnya adalah contengan ataupun random drawing. Semua orang doodling secara tak sedar sebenarnya. Masa kita dalam kelas, masa kita tengah berborak takpun masa kita bosan tak tahu nak buat apa, kita menconteng sesuatu atas kertas ataupun atas apa apa je yang boleh diconteng. Contengan yang tak cantik dan merapu yang korang buat secara tak sedar tu adalah doodle.
Doodling adalah mudah dan ringkas. Contengan yang tak cantik bagi mata kita tu sebenarnya,kalau disusun, akan nampak sangat menarik dan korang takkan sangka korang ada bakat jadi artisan sebenarnya.Haha.
Doodle yang dihasilkan kebanyakannya dipengaruhi daripada benda yang kita minat ataupun objek yang kita nampak disekeliling kita. Ada jugak doodle yang dihasilkan daripada interpretasi seseorang terhadap sesuatu keadaan, contohnya marah, gembira ataupun sedih.
Contoh random doodle |
Ada banyak artis doodle yang menghasilkan doodle yang sangat luar biasa dan magical bagi aku. A lot of them make profit by selling their doodle artwork to be used on designing a lot of things. Kalau aku,tunggu bertahun la baru orang nak beli doodle aku. Kalau korang nak tengok karya-karya doodle yang menarik, try bukak Instagram pastu search #doodle atau #doodleart. Memang banyak doodle yang menarik korang akan jumpa.
Copyright by KerbyRosanes |
Copyright by _picolo |
Yang ni gajah bajet cute yang bertatoo kat muka |
"Art is not a thing, it is a way" |
Two face wolf |
Okay that's all. Adios amigos!
0 comments