Pengalaman Naik Mahkamah Part 1

May 25, 2015


Assalamualaikum..

Semalam aku ada tengok berita Buletin Utama, seorang pemandu kereta ditahan dan dibawa ke mahkamah selepas tertuduh disahkan mempunyai 49 waran tangkap dan pelbagai kesalahan jalanraya. Lantaran itu, memori peristiwa aku naik mahkamah terus menerjah ke kancah ingatan aku dengan derasnya. Buat pertama kali dalam hidup aku,aku hadir ke mahkamah persekutuan Malaysia pada tanggal 4/2/2015.

Jadi disebabkan aku dah teringat,aku pun nak share la sedikit pengalaman aku naik mahkamah tu. Kesalahan aku? Bukan mengakibatkan kemalangan jiwa, atau kenderaan curi apatah lagi memandu dalam keadaan mabuk. Tapi aku disaman atas kesalahan road tax dan insurans tamat tempoh.

Kejadian berlaku ketika aku dalam perjalanan ke Setapak dari Shah Alam. Nak dijadikan cerita, malam tu ada operasi JPJ dan AADK secara besar-besaran dekat Plaza Tol Sentul dan aku pulak lupa nak check roadtax aku yang time tu dah 2 minggu tamat tempoh. So, surat saman dikeluarkan dan extra, aku kena urine test.Hahaha. Adoi..tak pasal-pasal.

Okay ke topik asal, saman aku ni dah lama, dalam 3 tahun dah tapi aku tak setelkan lagi. Maklum la, saman JPJ ni kira "Raja segala saman", yang mana prosedur dia leceh sikit. Macam kes aku, roadtax mati, memang kena naik mahkamah dan tak boleh bayar melalui kaunter ataupun online. So disebabkan masa tu aku takda duit dan buat tak endah je, tertangguh la sampai 3 tahun.

Tapi, bila dah ada chenggey, dah nak bertunang, tak lama lagi nak kawin, aku fikir lebih baik aku setelkan semua kesilapan aku yang lepas sebelum aku mulakan hidup baru. (Roy nak berubah,Roy nak jadi baik untuk Suzi). Aku pun pergi ke JPJ Padang Jawa untuk bertanyakan prosedur clearkan saman blacklist ni. Jadi bermulalah perbualan aku dengan akak JPJ di kaunter bayaran saman tu,"

Aku : "Salam kak, Selamat pagi"
Akak JPJ: "Waalaikumsalam,selamat pagi.Ada apa saya boleh bantu?"
Aku : "Kak,saya nak bayar saman. Tapi saman saya dah lama dah, surat saman pun dah takda. Saya nak buat macam mana ye?"
Akak JPJ: "Boleh bagi no IC? Saya boleh check dalam database."
Aku: "700214-55-6631"
Akak JPJ: "Tunggu sekejap eh. (Seminit lepas tu) . Awak James Hetfield bin Abdullah?"
Aku: "Ye, saya. Ada rekod?"
Akak JPJ: "Ada,saman ni dah 3 tahun dah. Kesalahan takde cukai jalan dan insurans. Dekat Sentul?"
Aku: "Aah, yang tu. Boleh bayar terus ke?"
Akak JPJ: "Saman ni tak boleh bayar terus. Awak kena ke mahkamah dulu, lepas tu baru hakim tentukan berapa jumlah kena bayar."
Aku: "Oh, macam tu ke.Jadi terus straight pgi mahkamah ke macam mana?"
Akak JPJ: "Tak,awak kena jumpa pegawai yang uruskan fail kes mahkamah. Dia akan buka semula fail awak untuk dihadapkan ke mahkamah kemudian baru boleh book tarikh untuk naik mahkamah."
Aku: "Okay.So, saya kena jumpa pegawai lain la? Untuk bukak kes balik?"
Akak JPJ: "Aah. Tapi awak tak boleh buat dekat sini. Disebabkan awak kena saman dekat KL, kena pergi JPJ Wangsa Maju."
Aku: "Wangsa Maju?Tak boleh buat dekat sini?"
Akak JPJ: "Boleh, tapi kena tunggu 3 bulan,proses nak transfer fail tu ke sini dan mahkamah sini. Kalau awak buat kat Wangsa Maju boleh bukak fail terus,lepas tu terus set date." "Nak buat dekat sini jugak ke?"
Aku: "Takpe lah,saya buat dekat sana la kak.Terima kasih ye"

Aku pun keluar dengan kepala berfikir, bila aku nak pergi Wangsa Majunya. Kena ambik cuti jugak la ni. Tapi disebabkan aku ni kerja shift, 6 hari bekerja, 2 hari cuti, jadi cuti pun selalu berganjak, Alhamdulillah, nasib baik minggu depan aku cuti hari Isnin. Hari Isnin tu jugak aku pergi JPJ Wangsa Maju.

Sampai JPJ Wangsa Maju, aku terus ke bilik bayaran saman, dekat belakang,kena tawaf satu bangunan JPJ tu. Bilik no 8 seingat aku. Pergi dekat kaunter ambil nombor, cakap nak bayar saman yang dah lama. Pegawai tu akan bagi nombor giliran untuk jumpa pegawai JPJ yang handle kes mahkamah. Jumpa pegawai yang bermuka bengis, tapi baik budi bahasanya, kes aku telah pun dibuka semula dan aku book tarikh naik court bulan depan. Ada lagi sebulan,nasib baik. Baik tunggu gaji dulu boh.

Panjang sangat dah aku tulis. Untuk pengalaman masuk mahkamah dan menghadap hakim, aku cerita dalam entry seterusnya.

Okay that's all. Adios Amigos!




You Might Also Like

0 comments

Pinterest

Flickr Images

Instagram