Travel Guna Offline Google Maps

February 25, 2017


Harini aku nak berkongsi sedikit tips kepada mereka yang ingin travel secara sendiri tanpa menggunaka perkhidmatan travel agent ke luar negara. Kebanyakan orang akan try print map atau screenshot map kat Google sebagai guide korang nak jalan2. Yang advance lagi, beli GPS device sebab senang nak bergerak. Aku ada nampak dekat Vietnam, ada couple dari Australia ni pakai GPS, tak sure la brand apa tapi nampak macam Garmin la. Mahal tu bro. Kalau ko mampu, jangan teruskan pembacaan entry ni. Hahaha

Sepanjang aku travel atau pun pergi bercuti sama ada luar atau dalam negara, biasanya aku akan gunakan Google Maps untuk memudahkan aku bergerak ke sana sini..Kalau dah travel sendiri, maksudnya transportation pun sendiri la ye tak. Kalau sewa motor contohnya, aku akan bawak motor dan member aku akan jadi guide. Tapi sekarang dah kahwin, bini aku la jadi guide. Hehe

Aku nak share cara guna Google Maps secara offline. Save map dan apa ko perlu buat, cuma on GPS sahaja kat fon korang, and Google Maps akan berfungsi macam biasa. Tunjuk position korang kat mana, belok kiri ke kanan ke. Senang!

Caranya seperti berikut:


  1. Open Google Maps. Make sure dah update pastu ada internet sebab nak kena download maps.
  2. Search tempat yang korang nak pergi travel. Aku bagi contoh kat sini Bandar Jogjakarta, Indonesia (Nampak x, ada hint2 skit mana nak g pasni..haha)
Okay, ni aku search Yogyakarta City
       3. Kemudian pergi ke offline are untuk ko download map yang ko search ni

Klik dekat Offline Areas tu
       4. Lepastu korang kena klik dekat Custom Area untuk download area yang ko search tadi

Klik dekat Custom Area tu

       5. Kemudian klik je Download tu untuk download. Make sure internet kuat la nak download,                  besar saiznya tu. Pakai wifi aje senang

Kat sini ko boleh adjust besar mana area yang ko nak download tu. Lagi besar area lagi besar la size mapnya
       6. Now dah siap. Korang leh tengok dekat Offline Area balik untuk pakai map tu

Yang aku punya tengah download. Kalau dah siap boleh la bukak.

Yang map Cameron Highland aku tu dah expired sebab dah lama sangat download. Dalam 3,4 bulan jugak la. Jadi untuk teruskan pakai, ko kena update map tu, jadi dia xla jadi expired.

Setel share aku kali ni. Pakai cara ni senang bagi aku sebab tak payah nak pening kepala cari jalan, ataupun kena beli SIM kad baru (untuk luar negara) atau menghabiskan data aku sebab nak guna apps navigator ni.

Tapi terpulang la, ada yang lebih selesa dengan cara masing-masing, aku sekadar nak berkongsi je di sini. Adios amigos!

You Might Also Like

0 comments

Pinterest

Flickr Images

Instagram